Friday, March 6, 2009

Info tanaman cili FERTIGASI


Jenis2 cili merah hybrid
MC 11 Tinggi pokok 80–110 cm, panjang buah 8–10 cm, 7–10g/biji,
MC 12 Tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm, 12 – 14 g/biji,
paling baru hybrid F1 469 (180 biji sepokok)--ketinggian pokok 35 cm
hybrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki (55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok)
CA 905 - F1 Cili Kulai 905
CA 907 - F1 Cili Kulai 907
CA 910 - Kulai Tempatan
CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas
CA 915 - F1 Cili Kulai Kering
CA 908 - Cabai Kulai Kerinting
8338 - Kulai King.
cara cara memindah anak pokok ke polibag
1. gembur & buat lubang untuk anak pokok
( saiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray, kedalaman tidak lebih dariketinggian corong tray
2. picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah
3.pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan (jika gagal ulang langkah 2)
4. letak kan anak pokok ke lubang (pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik)
5. kambus lubang tersebut ( tidak perlu timbus pangkal anak pokok)
6. gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok
7. selesai
*teknik mungkin berbeza untuk mazhab yang berbeza
Sistem tanaman

MIRACLE SISTEM (sila rujuk --> fertigasi.blogspot.com)
kaedah ini menggunakan konsep pembajaan & racun organik.
media = campurang sekam wap + sekam kuning + baja kompos + baja asas + topsoil
miracle sistem mempunyai set pembjaan dan set racun yang tersendiri
SET KAWALAN
iaitu set AF 1 ..... AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan)
semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan.
bermula dari AF 1 .. AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali
SET PEMBAJAAN
iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria)
SISTEM PENGAIRAN
sistem pengairan miracle sistem terdiri daripada 3 bahagian.
1.semburan air ke dalam polybag (menggunakan semburan tekanan tinggi bagi mencairkan baja ketul)
2.semburan air ke udara (semburan ini juga bertekanan tinggi bagi mengurangkan suhu panas)
3.sistem venturi ( sistem ini adalah untuk mengalirkan AF-HUMIC ke pada setiap polybag secara mudah,cepat & ringkas)
KOMEN SAYA TERHADAP SISTEM INI :-
Buat masa ini saya melihat perkembagan pokok memang subur. tidak dinafikan ada yang mendapat serangan penyakit.
tetapi adalah terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan. jadi ikutilah perkembagan miracle sistem di fertigasi.blogspot.com
kos fertigasi cili
Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi
keperluan asas fertigasi bagi 1000pk cili
1.polytank 400 gallon =RM400.00
2.pam 0.75hp =RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
4.poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
5.dripper(putih)1000 =RM80.00
6.nipple 1000 =RM100.00
7.media cocopeat 70 bag =RM315.00
8.media sekam bakar 70 bag =RM175.00
9.polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
10.tong baja a/b x 2 =RM70.00
11.tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12.silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
13.fitting lump sum =RM200.00
14.timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15.tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
16.benih 10 gm. =RM30.00
17.baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
18.disk filter 1' =RM55.00
JUMLAH DI ATAS SEMUA = + - RM2813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Pembajaan baja asas fertigasi
Penggunaan bagi 1000 pokok
baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B,
'pakej siap lengkap' -set A 24KG dan satu beg set B 24KG -RM160.
Penyediaan campuran set A dan set B
menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen).
Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter
dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter.
100 liter pati baja Set A - RM49.08
100 liter pati baja Set B- RM65.84.
Jumlah RM114.9262
Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B
Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9.
Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5 hari
Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali
100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari
= RM114.9262 / 100 liter X (66.72 liter)
= RM76.68
sukatan pada paket baja warna hijau muda tu kalau untuk semburan harian guna 1 sudu teh dalam 1 liter air maknanya berdasar kan apa yang saya faham setakat ni ada 21ppmN 21ppmP 21ppmK dalam 1000ml air, jadi bila tambah lagi 6000ml air ia tetap 21:21:21 tetapi dalam 7000ml air
RM 160 semusim baja fertigrasi tu untuk 1000 pokok..hasil lebih hebat dari baja
Baja saya ada datang dalam bentuk kristal warna hijau di jual di nurseri (Sg Buluh)
Bahan kimia untuk buat set baja A dan B
1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
7)Hybor 0.5KG = RM14 <<

1 comment:

  1. Bahan kimia yg diguna murah sgt. Dtg dari china ke?

    ReplyDelete