Friday, July 16, 2010

Thursday, July 15, 2010

Penanaman Terung Kurang Memberansangkan..


Salam semua.. haha baru nak update balik blog saya nie. Sibuk dengan urusan seharian .. bermula dengan penanaman terung tempoh hari, pengeluaran hasil tidak memberagsangkan.banyak faktor disebabkan pokok tidak menjadi nie.. bermula dari penanaman benih sehingga penjagaan pokok.semua ini patut dilakukan dengan rapi.. kekurangan penjagaan pokok menjadikan hasil tidak memberangsangkan.Tapi Alhamdulilah sykur.. walaupun tidak dapat dijual.dapat juga dirasa bersama jiran-jiran dan rakan-rakan.

Friday, April 16, 2010

Saturday, February 20, 2010

cili rawet

cili padi cabai rawet dari ( indonesia)

Menuai Hasil Tanaman


Salam sejahtera. Maaf lah tak dapat nak update blog saya nie. maklumlah sekarang ini saya kebelakangan ini sentiasa sibuk dengan tugas harian dan juga pertanian.Alhamdulilah pada hari sabtu yang lepas13 Feb 2010 sempat juga tuai hasil tanaman cili saya.Walaupun keadaan pokok dan buah tidak memberangsangkan tapi syukur Alhamdulialh dapat juga keluarkan hasil yang baik. Nie pun dibantu oleh kawan bersama bagi menyudahkan memetik cili.disini saya ada pamerkan gambar-gambar pada hari lepas.

Thursday, December 31, 2009

Kaedah Semburan Baja Pada Daun

Rakan-rakan sekalian, di sini saya nak berkongsi satu info yang berguna iaitu cara yang paling efektif untuk melakukan semburan baja pada daun.
Biasanya, selain penggunaan baja AB tardapat juga baja tambahan yang digunakan dengan cara disembur pada daun pokok cili. Cara yang paling efektif untuk melakukan semburan ini ialah dengan membuat semburan pada bahagian bawah daun.
Di bahagian bawah daun mempunyai liang-liang stoma. Liang-liang stoma ini adalah tempat untuk tumbuhan menyerap zat nutrien yang disembur pada pokok. Liang-liang stoma ini terbuka pada awal pagi dan lewat petang. Jadi, waktu semburan yang paling sesuai adalah sebelum jam 9 pagi atau selepas jam 5 petang.
Diharap info ini dapat membantu para petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Selamat mencuba.