Thursday, December 31, 2009

Kaedah Semburan Baja Pada Daun

Rakan-rakan sekalian, di sini saya nak berkongsi satu info yang berguna iaitu cara yang paling efektif untuk melakukan semburan baja pada daun.
Biasanya, selain penggunaan baja AB tardapat juga baja tambahan yang digunakan dengan cara disembur pada daun pokok cili. Cara yang paling efektif untuk melakukan semburan ini ialah dengan membuat semburan pada bahagian bawah daun.
Di bahagian bawah daun mempunyai liang-liang stoma. Liang-liang stoma ini adalah tempat untuk tumbuhan menyerap zat nutrien yang disembur pada pokok. Liang-liang stoma ini terbuka pada awal pagi dan lewat petang. Jadi, waktu semburan yang paling sesuai adalah sebelum jam 9 pagi atau selepas jam 5 petang.
Diharap info ini dapat membantu para petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Selamat mencuba.

Formula Baja A dan B

Di sini saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan fertigasi, iaitu cara menghasilkan baja AB. Menghasilkan Baja AB sendiri mungkin tidak praktikal bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi ia sangat praktikal dan menjimatkan bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang banyak.

Kaedah membuat 100 liter baja stok.

- Dapatkan bekas dan tandakan pada paras 100 liter.
- Letak air bersih separuh daripada bekas tadi.
- Tuangkan Set Baja A ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga larut.
- Tambahkan air bersih sehingga mencapai 100 liter.
- Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan Baja Set B.
- Tandakan pada kedua-dua bekas Set A dan Set B.
- Formulasi Baja Fertigasi untuk tanaman cili.

Set A:

1. Kalsium Nitrat (10,580 gram)
2. Iron Chelate (190 gram)

Set B:

1. Kalium Nitrat (6,600 gram)
2. Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
3. Magnesium Sulfat (4,030 gram)
4. Mangan Sulfat (17 gram)
5. Asid Borik (28.5 gram)
6. Zink Sulfat (14.5 gram)
7. Kuprum Sulfat (1.9 gram)
8. Natrium Molibdat (1.2 gram)

Thursday, December 3, 2009

Hasil Tanaman Cili






walaupun letih pulang dari ofs. Saya tetap bersemangat untuk mengutip hasil pada petang kemarin selasa 24 Nov 09.kalau lah bersama orang yang palig tersayang saat nie .pasti sama-sama gembira.. tapi apa nak buat dia pulang kerahmatulAllah lebih awal. Semoga dia menjadi pendokong semangat saya untuk lebih maju lagi dalam pertanian ini.. amin

Seronok Di kebun cili


Alhamdulilah bersyukur saya kehadrat ilahi dengan berkat usaha saya dan abg long dapatlah juga saya menuai hasil tanaman cili saya.walaupun hasil tanaman kurang memberansangkan disebabkan beberapa penyakit pokok.. tapi Alhamdulilah syukur. InsyaAllah pada pertengahan Jan tanaman terung boleh mengeluarkan hasil pulak..