Friday, January 30, 2009

Tips Untuk Menjaga Pokok Dari Terkena Seranga Thrip, Aphid Dan White Flies

cara 1

guna CONFIDOR (imidacloprid) buat larutan 1ml confidor untuk 1 liter air. siram 50ml larutan dipangkal bagi setiap pokok.

cara 2

guna ACTARA (thiamethoxam) buat larutan 5gm actara dicampur dengan 10 liter air. siram 200ml di pangkal bagi setiap pokok.cara diatas dilakukan selepas memindahkan anak pokok ke polybag/batas.racun tersebut disiram pada waktu pagi dan diserap kedalam batang. serangga akan mati jika menghisap cecair dari pokok.

kesan tersebut dapat bertahan selama 3-4 minggu. sesuai untuk pokok berusia 2 bulan kebawah.bagaimanapun cara diatas tidak berkesan untuk hamama (mites)

pastikan media dalam polybag tak terlalu lambab semasa musim hujan. pokok akan mati jika media terlalu lembab sebab akar rosak. pokok akan kelihatan seperti tak cukup air. daun layu dan kering lepas tu tinggal ranting saja. kulat putih ada dipermukaan media

Penyakit-penyakit pokok cili







Beberapa pokok yg di serang penyakit....anyone can share how to tackle this??

Thursday, January 22, 2009



Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan cili varieti baru dinamakan Semerah pada majlis Perhimpunan Warg Tani 2008 di Serdang baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Mustapa Mohamad (kiri) dan Dr. Abd. Shukor Abdul Rahman.


Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan yang disajikan tidak ditambahkan dengan kepedasan dan keenakan rasa cili merah atau cili padi.Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.Ini satu senario yang menunjukkan adanya peningkatan dari segi permintaan individu mahupun pembukaan industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.Namun, tahukah anda bahawa negara terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan mengimport cili demi memenuhi keperluan permintaan cili padi tempatan.Pada 2001, Malaysia membelanjakan RM39 juta bagi tujuan mengimport cili dari Thailand.Di samping itu, berdasarkan maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2004, kemasukan cili padi dari Thailand mencecah 100 tan metrik seminggu.Ini berlaku berpunca daripada kekurangan pengusaha tempatan untuk menceburi serta mengusahakan sektor penanaman cili padi atau lebih dikenali dengan cili kampung ataupun dipanggil burung di negara ini.Pada masa yang sama, faktor varieti atau benih yang kurang berkualiti menjadi punca utama mengapa produktiviti cili tempatan tidak dapat berkembang maju.
Menerusi benih yang biasa dan tidak berkualiti, tempoh matang menjadi panjang, hasil produktiviti juga berkurangan, mudah terdedah kepada jangkitan penyakit dan virus selain berbuah tidak menentu masa.Maka ini jelas membantutkan sektor perusahaan cili padi tempatan sekali gus mempengaruhi hasil pengeluaran cili bagi memenuhi keperluan dan permintaan cili negara.Faktor tersebut juga mempengaruhi perusahaan tersebut hanya dijalankan di ‘belakang rumah’ dan kecil-kecilan sekali gus menyebabkan ia tidak dikelolakan secara komersial oleh masyarakat.Oleh yang demikian, selari dengan tanggungjawabnya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengambil inisiatif dalam menjalankan penyelidikan yang komprehensif terhadap pembangunan varieti atas cili padi.
Penyelidikan
Hasil usaha dan penat lelah sekumpulan tenaga penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun ke atas pembangunan varieti cili padi.Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah itu telah berjaya dihasilkan dan keputusannya amat membanggakan.Penghasilan Semerah itu juga telah meletakkan revolusi pertanian negara untuk maju setapak lagi sekali gus membawa banyak kelebihan dan juga impak ekonomi yang positif bukan sahaja kepada para petani malah kepada kerjaan kita sendiri.Menurut Penyelidik Prinsipal Biak Bakaan Pusat Penyelidikan dan Hortikultur MARDI, Dr. Melor Rejab, hasil pembangunan varieti cili terbaru itu jelas berupaya untuk membangunkan serta mempertingkatkan pengeluaran hasil cili padi tempatan kerana dari varieti tersebut ia mendatangkan banyak kelebihan dan keistimewaan.“Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan mampu berbuah secara serentak.“Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar negara,’’ katanya ketika ditemui di Perhimpunan Warga Tani 2008 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, baru-baru ini.Cili varieti baru itu diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman.Jelas Dr Melor, varieti Semerah dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.Berdasarkan morfologi buah dan bunga, cili Semerah tergolong dalam spesies Capscium annuum.Tambah beliau lagi, pewujudan varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya.Menariknya, varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa.Lebih membanggakan, cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu.Seterusnya, kos perladangan dari segi wang ringgit dan masa dapat dikurangkan.
Tahan penyakit
Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus.Dengan pengenalan varieti Semerah itu, boleh dikatakan satu hasil yang boleh dibanggakan kerana ia bukan sahaja mampu menampung keperluan cili tempatan.Ciri-cirinya yang menarik itu juga diharap dapat meningkatkan pembangunan terutamanya industri penanaman cili tempatan.Secara tidak langsung, ia membantu para pengusaha tanaman cili dan sayur dalam peningkatan pendapatan tahunan mereka disebabkan unjuran yang lebih panjang (11 bulan semusim) berbanding varieti cili padi biasa.Selain itu juga, peningkatan dalam pengeluaran hasil seterunya akan membantu menjadikan harga cili lebih stabil dan penyediaan bekalan cili yang lebih konsisten.
Ini akan membuatkan lebih ramai individu tempatan untuk mengusahakan tanaman cili padi secara besar-besaran dan komersial.Pewujudan varieti Semerah ini turut membuka peluang kepada negara untuk bersaing dengan negara jiran iaitu Thailand yang berupaya untuk menghasilkan cili pada kos yang lebih rendah selain mampu mengurangkan kadar import cili dari negara berkenaan.

Tuesday, January 13, 2009

Kaedah ketiga

Langkah 4

Spray air keatas kesemua benih. Kemudian penuhkan lubang semaian dengan Peat Moss sehingga ke paras penuh lubang semaian tersebut. Elakkan daripada menekan-nekan Peat Moss yang telah diisikan. Kemudian spray sekali lagi keatas Peat Moss sehingga menjadi lembab.
Memenuhkan Peat Moss

Langkah 5

Bekas semaian yang telah siap perlulah di jauhkan daripada pancaran matahari pada masa ini. Biasanya anak benih akan bercambah diantara 3~5 hari selepas disemai Peat Moss hendaklah di dalam keadaan lembab bagi melancarkan biji benih bercambah dengan mudah dan cepat. Walaubagaimanapun anak benih yang saya semai hanya mula bercambah pada hari yang ke-7.
Anak Benih Bercambah

Langkah 6

Apabila anak benih telah bercambah dan mengeluarkan 2 daun, maka ianya perlulah di dedahkan kepada cahaya matahari. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang kuat (panas terik) ata upun hujan lebat. Kerana pada ketika ini anak benih masih lagi diperingkat muda dan perlukan perlindungan yang sebaiknya.
Dedahkan Kepada Matahari

Nota : Penggunaan baja A+B boleh digunakan sebagai media air. Tetapi sukatannya hendaklah tidak melebihi 1.00 pada sukatan EC Meter bagi mengelakkan ketidak-tahanan benih tersebut terhadap tindakbalas baja.InsyaAllah seawal sabtu depan 29 November 2008 saya menjangkakan anak pokok cili ini akan cukup matang untuk membolehkannya dipindahkan ke dalam polybag.

Kaedah 2




Langkah 3




Benih cili dimasukkan satu persatu sebanyak 104 biji ke dalam bekas semaian dan hendaklah dipastikan kedudukannya adalah di tengah-tengah lubang semaian bagi memastikan akar pokok cili mendapat keseimbangan dan tidak terganggu.
Masukkan Biji Benih Cili

Kaedah Semain Benih cili



Proses semaian benih cili bukanlah sesukar mana dan tidaklah semudah seperti yang disangkakan. Ini adalah kerana kita perlu memahami untuk mendapatkan anak benih yang berkualiti baik, maka beberapa panduan ringkas perlulah diberikan perhatian.Antara keperluan semaian adalah seperti berikut :-


1. Bekas semaian (standard 104 lubang berharga RM2.80)


2. Peat Moss (sebag berharga RM37.00)


3. Benih Cili (Cili Kulai 568 1000 biji berharga RM30.00)


4. Air (sebaiknya gunakan botol spray)Berikut adalah kaedah yang telah saya guna-pakai :-




Langkah 1




Bekas semaian perlulah dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air bagi membuang kekotoran seperti habuk atau serangga kecil yang bertapak di dalam bekas semaian.




Langkah 2




Peat Moss akan dimasukkan kedalam lubang semaian dengan kuantiti tidak melebihi paras tiga suku penuh.
Isikan Peat Moss




Saturday, January 10, 2009

Berita Pertanian


Utusan

SUBANG 4 Nov. - Golongan usahawan tani disaran menceburi pertanian organik kerana hasil tanaman jenis itu membawa pulangan lebih tinggi dan lumayan berbanding pertanian konvensional.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan sedar bahawa pertanian organik di negara ini masih kurang diamalkan oleh para petani berbanding dengan Thailand dan Vietnam.
Katanya, ini terbukti apabila keluasan tanaman organik di Malaysia sekarang hanya mencecah 1,000 hektar atau lebih kurang 0.01 peratus daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini.
"Hampir 80 peratus bekalan produk organik dalam negara diimport dari Australia dan New Zealand, kekacang dan rencah perisa dari China, manakala produk diproses dari Thailand, Amerika Syarikat dan Eropah,'' katanya pada Persidangan Kebangsaan Pertanian Organik 2008 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementeriannya, Datuk Dr. Baharom Jani.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertanian, Sulaiman Md. Zain dan Pengarah Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Dr. Mohd. Yusoff Abdullah.
Mustapa berkata, apa yang memberangsangkan ialah kadar pertumbuhan permintaan produk berasaskan organik seperti sos meningkat setiap tahun kepada lebih 30 peratus setahun.
"Ini semua merupakan peluang kekayaan baru yang boleh direbut daripada pertanian organik,'' ujarnya.
Mustapa turut menyeru agensi-agensi di bawah kementerian itu termasuk MARDI dan Jabatan Pertanian agar bersama-sama membangunkan industri pertanian organik yang baru itu.
Sementara itu, pada sidang akhbar sejurus selepas persidangan itu, Abd. Shukor berkata, MARDI menyasarkan sebanyak 20,000 hektar diusahakan dengan tanaman organik menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, untuk menangani cabaran itu, MARDI telah membangunkan kawasan ladang seluas lima hektar di Serdang sebagai tapak kajian pertanian organik.
Jelasnya, kajian ekosistem organik dijalankan di kawasan yang berfungsi sebagai 'makmal hidup' itu bagi mengumpulkan maklumat-maklumat penting dalam penanaman secara organik.
"Maklumat kajian itu boleh dikongsi bersama dengan petani dan pengusaha yang berminat mengusahakan pertanian organik,'' ujarnya.

Friday, January 9, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Baja Hydroponik

Nutrien (Baja)
Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.
Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.
PH Larutan Nutrien
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5. Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Monday, January 5, 2009

KEBAIKAN TANAMAN SECARA FERTIGASI


1.Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertubuhan pokok dan hasilnya tinggi
2 Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
3.Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg
4.Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
5.Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal
6.Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik
7.Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
8.Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.

SISTEM TANAMAN FERTIGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah,hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan,mengelak serangan musuh perosak dan dalam masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. @iDEELAgrobiotek sebuah Syarikat bumiputra di Malaysia semakin ke hadapan dalam memajukan teknologi pertanian dengan sistem tanaman fertigasi sistem penanaman baru menepati ciri-ciri pertanian lestari.Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kapada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan,tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation.Sistem Fertigasi ialah satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik Aliran Cetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.
Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6-7 ribu.Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun

Saturday, January 3, 2009

lAtaR bElaKaNg PeNgUsaHa

Di lahirkan di pontian , Johor.merupakan anak ke lima dari enam adik beradik . Beliau mula menceburi dalam bidang pertanian ini sejak 2006 secara kecilan di kampongnya.Penglibatan beliau dalam banyak menghadiri kursus pertanian anjuran bersama Pejabat Pertanian Negeri dan Daerah. Dengan Berkat usaha yang dijalankan setakat ini beliau membuka satu projek pertanaian secara fertigasi dengan tanaman cili ,tomoto,bendi,timun,terung